Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Friday, August 03, 2007

2 khabar selepas sehari bercuti

Salam,

Selepas bercuti drpd bertugas sehari sebab nk menghadiri temu duga...pg ni Fini ke SKEN dgn senyuman. Ramai juga yg bertanya "Cikgu ke mana?". "Nape rindu kat cikgu ke?" Haha...perasan sendiri. Sesampai di SKEN, spt biasa...jd org dapur, pastu layan le 2, 3 pelajar yg dtg awal sambil menunggu cikgu-cikgi lain dtg. Soalan pertama dr mulut kebanyakkan mereka...mcm mana interview semalam? Hehe...

Ustazah Hamidah pula sampaikan yg Fini terpilih menjadi urusetia utk perlawanan bola jaring peringkat negeri. Eleh, bukan terpilih ni, sebab tak kan la 3 org wakil utk 1 sekolah...rupanya isteri Cikgu Aidi jd urusetia juga...jd disebabkan cikgu di SK Janda Baik kekurangan org...Fini kira kena ganti la. Tak kisah la. Bila ditanya bila...tup..tup esok...erm, camne ni...rupanya semalam diorang dh pi dgr taklimat, cuma Fini x dpt pi skali sbb semalam kan Fini cuti. Huhuhu.

Takpe la...apa pun...pengalaman tu yang penting...jangan menolak sesuatu yg mungkin bawa kebaikan kpd diri kita, siapa tau. Lagipun, bukannya dikerah keringat cuma jd urusetia bahagian pencatat markah. Boleh la...lagipun ni la masanya Fini nk lebih kenal ragam dan peribadi rakan sekerja Fini, Ustazah jQAF - Hamidah dan Cikgu Pra - Nurul Faiz.

Turun ke perhimpunan pagi Jumaat, seperti biasa aktiviti Jawi/Bahasa Arab. Ustazah Azhana bercerita tentang kebersihan kuku. Ustazah juga la yg bgtau Fini ada surat panggilan kursus. Hurray...sukanya. Alhamdulillah, akhirnya dipanggil juga setelah sekian lama menanti. Haha. Cikgu Aidi pula biasa la...Fini igtkan apa dia, rupanya nk bg t-shirt utk acara esok dan nk bg refill ink white board marker dan laminating film. Hehe...dpt juga pemulihan menumpang nota minta mata pelajaran lain. Alhamdulillah. Tapikan bru Fini perasan yg t-shirt tu saiz S...huhu...Cikgu Aidi ni pun...kecik ke Fini ni?

GB pula td bg surat suruh buat salinan utk panggilan kursus. Belek2, kat Cherating. Dari 6hb hingga 9hb Ogos. Tengok2 nama sesape yg dikenali...leh contact. Naik ke bilik guru terus sms Nana, Wani dan Parimala. Depa pun dh dpt surat, sbb kami dh janji...sape dpt tau je terus contact. Walhal, semua pun tersenarai...tp saje la...excited. Masa rehat terus minta izin Sir Mizan nak tumpang PC di lab. Haha..kena booked..bukan apa..ada tuan rumah kena minta izin la. Bersopan santun la katakan. Haha. Terus buka blog CDB sebab tu je gateway nk share news dgn SKT. Minta tolong Cikgu Saril smpaikan berita ni pd Cikgu Romi. Rupanya Cikgu Romi belum dpt surat, x pe la..Fini tlg smpaikan apa yg patut supaya dpt cepatkan sebaran. Ha..baru sembang ngan Cikgu Romi semalam buat sekian lamanya nak sembang tp x berkesempatan. Baru sebut2, dh ada panggilan kursus kan? Hehe...mcm tau2 je seruan, pertanyaan dan penantian utk dipanggil kursus. Okla, jumpa di sana. Fini sambung cerita pengalaman kursus di sana nanti di sini. Uish...ayat apa ni..tunggang terbalik. Cikgu BM tolong betulkan. Ye la sy Cikgu Pemulihan perlu dipulihkan. Hahaha.

No comments: